Your alt text here.

Rindu masa belajar dulu






ade banyak lagi...
tapi ni jela..
kang penuh satu blog ni aku upload..

♥ kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah ♥



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Allhamdulillah im pass in exam LJM


tekan untuk besarkan

Aku bersyukur pada ALLAH..
sebab aku lulus..
sekarang student dah bertukar gelaran staff nurse..
gelaran itulah selama ini aku nanti2 kan...
kali pertama aku gagal..
masa tu aku down sangat2 bila tengok muka mama ayah kecewa..
aku dah give up sangat2..yela selama 3 tahun aku belajar tapi gagal
nasib baik ade peluang kali kedua untuk amik exam,
kali ni aku cuba betul sebab aku tak sanggup tengok mama ayah kecewa lagi..

hari ni aku dapat tahu result dah keluar so aku amik masa sejam nak bukak ..
sebab terlampau takut aku mengeletar satu badan,
before tu aku takut aku tak lulus aku col dulu mama ayah..aku cakap aku takut nak bukak..
sebelum nak tengok result tu aku da meraung dulu..takut pisang berbuah dua kali..
aku pom isi no ic,,dan tekan check..
YA ALLAH aku bermimpi ke?? aku cuba check banyak kali dan berkali2 tengok betul ke..
Alhamdulillah aku memang tak salah tengok..memang betul aku lulus..
tak sia2 aku belajar sendiri..dan yang penting doa mama ayah dimakbulkan ..
aku bersyukur ke hadrat ilahi...
sekarang aku yakin aku boleh balas jasa mama dan ayah,,
terima kasih YA ALLAH.......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...