Your alt text here.

charcaol masque ~~~

hah ni la tube charcaol yang aku guna ni....



ce tengok muka aku ni..
agak2 macam apa?heheh..
kalau tengah malam mesti korang takutkan nak tengok..
macam orang minyak je..heheheh..

yang girl mesti nak tau kan aku pakai apa?
aku pakai charcaol masque..
sebab aku nak buang kotoran dekat muka aku..
selain tu dia boleh kurangkan blackhead dengan whitehead..
kalau muka bersih..jerawat pun kurang..betul tak??
kalau korang nak boleh klik dekat fb aku ni Lurve Charcaol Mask
aku jual tak mahal pun..rm26 je.. kalau harga borong aku jual 10-20 tube RM9.00,if 20 keatas RM8.00.. harga postage mengikut berat okay

ni selepas aku guna charcaol masque..
aku tak edit pun oke...heheheheh..
setakat ni aku guna and cust aku guna tak de komplain apa lagi..
okay la..salammmm


Cara Buat Kimchi

salam...siapa yang pernah makan?? sedap tak??
ni 1st time aku nak buat,,,da berapa lama aku cari respi versi melayu ni..
kebanyakan bahasa endon je...dalam do cari ni la hasil nya..aku dah jumpa...hehehe
okay tak nak cerita banyak2...tengok je tau,,,sebelum tu credit dekat blog ni Nur Diana...okay thanks ...





jom tengok bahan dia okay

Bahan utama:
Kobis panjang
Lobak merah/ Lobak putih

Bahan perap:
Garam

Bahan untuk paste:
- 1/2 cawan tepung pulut/tepung gandum dicampur dengan 3 cawan air
- 1/4 cawan gula
- 1 cawan sos ikan
- 4-6 cawan chilli flakes (ikut kepedasan yang anda mahu)
- 1 cawan bawang putih
- 1 sudu besar halia
- 1 labu bawang besar (saiz sederhana)
- Daun bawang ( dalam 7 batang sederhana, kalau kecil, banyakkan sedikit)
- Daun kucai ( saya ambil dalam secekak)


Cara-caranya:
(a) Bahan utama:
1. Potong kobis dalam 4 section, jangan potong di bahagian bawahnya. Basuhkan setiap kelopak, jaga-jaga jangan sampai dia tercabut. Masukkan di dalam strainer dengan keadaan daun dibawah dan batangnya diatas. Toskan semua air. Ketepikan.
2. Buang kulit lobak merah/ lobak putih. Basuhkan, potong dalam seinci dan toskan.
3. Saya biarkan dalam 10minit-15minit untuk proses ini.

(b) Pemerapan
1. Ambil kobis panjang tadi dan lumurkan setiap kelopak dengan garam. Kawasan yang perlu banyak garam adalah di batang sayur kobis tadi. Pastikan kawasan itu lebih banyak garam dari daunnya.
2. Dalam bekas berasingan, lumurkan juga lobak merah/ lobak putih dengan garam.
3. Proses pemerapan dalam 4 jam/ semalaman. Setiap dua jam pusingkan kobis dan lobak merah/lobak putih.

(c) Kimchi paste
1. Masukkan 1/2 cawan tepung dan 3 cawan air di dalam periuk. Letakkan di atas api yang kecil dan kacau sentiasa supaya dasarnya tidak hangus. Bila sudah sampai tahap mendidih, masukkan 1/4 cawan gula. Kacau lagi dan ketepikan bila sudah pekat. Sejukkan.
2. Dalam blender, masukkan sos ikan, bawang putih, halia, bawang besar. Kisarkan sehingga halus.
3. Letakkan bahan yang sudah dikisar di dalam besen. Masukkan chilli flakes, daun bawang dan daun kucai. (daun bawang dan daun kucai dipotong dalam satu inci)
4. Masukkan tepung yang telah disiap tadi (no 1) ke dalam besen. Gaulkan. Untuk chilli flakes, masukkan anggaran sedikit demi sedikit. Kalau tak pedas, baru letak lagi.

(d) Basuhan
1. Basuhkan kobis dan lobak tadi setelah 4 jam pemerapan. Bagi kobis, tos dan perahkan sehingga tiada air lagi. Bagi lobak, hiriskan memanjang.
2. Ketepikan.

(e) Cara sapuan paste
1. Pastikan anda memakai glove. Ini penting untuk mengelakkan tangan anda menjadi pijar.
2. Ambil kimchi paste tadi dan lumurkan ke setiap kelopak kobis panjang. Pastikan lumurannya sekata. Buat sehingga habis.
3. Untuk lobak, gaulkan kimchi paste tadi sehingga sebati.
4. Masukkan kobis dan lobak didalam bekas kedap udara. Letakkan di suhu bilik selama sehari dan bila nampak ada buih/putih2, bermakna ia telah diperam dengan baik.Masukkan kedalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. Jika anda rasa sedikit pahit, itu bermakna kimchi anda belum memasuki proses matang. Tinggalkan beberapa hari di suhu bilik.


okay itu sahaja..selamat mencuba~~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...