Your alt text here.

Alhamdulillah :)

Assalamulaikumm

syukur pada Allah S.W.T ...
tak terkata..akhirnya selama 1 tahun lebih  menunggu...
sudah terjawab..
 harini 18/12/2012  result interview pada 12/11/12 dah keluar..
melompat dengan girangnya...
hasil usaha doa berkat mama dan ayah...



now tunggu surat untuk melaporkan diri,,
dapat mana lah yaa...hmmm...
tunguuuuu

REVIEW VITAMIN C 1000MG 21 ST CENTURY

Asaalamulaikum,,

hari ini ena ada beli vitamin c 1000mg.. test sikit bekesan ke tidak,
sebelum ni makan vitamin c 500mg apetton punya,,
sempat makn berapa biji je..satu botol hilang...
sebab anak buah yang..sampai ke sudah tak jumpa,,
aku rasa toyol yang ambil...hmm
 sebab  tu hari ni pergi beli dekat gurdian harga rm29.90 50tab..
kalau yang jenis hisap ada 60tab harga tetap sama...
tapi aku ambil yang telan terus...






fungsi dia aku copy and paste je..hihih

 * PROLONGED RELEASE - memastikan 12 jam kehadiran Vitamin C di dalam tubuh.

Product's Major Benefits

KEPENTINGAN VITAMIN C UNTUK ANDA

    * KULIT DAN KULIT MUKA - Fungsi Vitamin C yang terkenal adalah rumusan kolagen iaitu bahan protein yang mengikat sel-sel. Ia penting bagi pembaikan semula dan pertumbuhan tisu, sel, gusi, pembuluh darah, tulang dan gigi.Vitamin C mempercepatkan pemulihan luka, melecur dan gusi berdarah. Penyembuhan selepas pembedahan adalah lebih cepat dengan pengambilan Vitamin C yang tinggi.
    * ANTIOKSIDAN - Vitamin C merupakan antioksidan yang menolong mengeluarkan toksin dalam darah dan mempunyai kesan anti penuaan. Ia amat berguna bagi menentang jangkitan, menghalang serangan virus dan bakteria, mengurangkan kesan alergi. Bagi perokok Vitamin C menghapuskan keracunan nikotin.
    * TINDAKAN KARDIOVASKULAR - Vitamin C mengurangkan pembekuan darah dan menolong menurunkan kolesterol dalam darah. Ia juga menolong menyerap zat besi dan meningkatkan hemoglobin dalam darah. 


VITAMIN C BERFAEDAH UNTUK

    * Memperbaiki kesihatan kulit muka.
    * Ekzema, dermatitis, masalah kulit.
    * Batuk, demam selsema, jangkitan.
    * Warga tua.
    * Mereka yang mengambil antibiotik dan menjalani perubatan.
    * Wanita yang mengambil pil perancang.
    * Perokok dan mereka yang mengambil alkohol.
    * Pesakit kencing manis.

kesan untuk aku tak ada lagi..
so tunggu la ada perubahan ke tidak okay..

kura-kura saya !

Assalamualaikum...

Hari ini sangat seronok.! dapat jumpa MR "H" ..
lepas tu dapat kura2..konon hadiah besday bulan lepas  ..
apa pun thanks sayang beli kan kura2 ni!
hope kura2 ni tak akan membesar!
sebab tak suka..kalau kecil kan cute je !
nak tengok wiwi dengan kiki tak..
tadaaaa  


kiki yang atas jambatan tu,,wiwi yang kat bawah tu,,,,

TEMUDUGA SEBAGAI JURURAWAT U29

Assalamualaikum...

Penantian selama 1 tahun lebih.. akhirnya dapat juga interview ..
ingat senang ke nak dapat interview dari kementerian kesihatan..walaupun cuma interview je belum tentu dapat lagi .. sekurang-kurangny ada peluang untuk aku..

Sebenarny aku berdebar gila ni. apa di tanya nanti ya..
tak ada ke orang nak bagi aku tips apa soalan akan di tanya nanti..
semenjak dapat surat tu..aku asyik sakit perut je,,ahhaha...
terlampau takut.. awak2 semua yang pernah pergi interview tolong saya..
saya interview 12/11/12 di kolej kejururawatan kubang kerian kota bharu..

YA ALLAH.. aku mohon padamu.. permudahkanlah urusan ku ini  YA ALLAH..Aamiin Ya Rabb . .

MALAYSIA-THAI

Assalamualaikum..

wow pg oversea..macam orang kaya je bunyi,,hohoho..
alah pergi thailand je,,tambang perahu RM1 sorang..
tak payah susah2 naik flight . hahaa..
harini pergi beli sabun beras bakal mak mentua kirim
baju,lips balm ,lotion..huhu..murah2,,hahha
 nak tengok gambar tak?? hehe  

perahu ni laa

Jambatan malaysia thai


sebElah kiri thailand dan sebelah kanan malaysia..dekat jee,,hehe
setiap hari sabtu je semua kedai bukak..ni bukan rantau panjang tauu . 
ini dekat bukit bungaa yang ade gerai berderet2..orang panggil gerai 12..
kalau sape pernah singgah mesti tauu kan...

nak tengok ape sempat kita beli..hhee..tadaa..tak banyak pom sebab poket sempit..hehe

sabun beras
 pink magic lips (soluble collagen dan SPF15)
lotion white spa (gluthathione)

harga baju ni RM33

yang ni plak harga rm35 .

itu saja..tak da duit nak beli banyak2..besok nak pergi teluk intan,,jumpa tunang..
nak kursus nikah katakan..apape pom doa kami berdua jodoh panjang dan dipermudah urusan berkhawen nantii..dalam ati dah gatal nak nikahh..tak sabar,,hahaha . .

k tatatattaa

BUDAK KKM KUTUK KOLEJ SWASTA,BETUL KE??

Asslamualaikum.....

Eh betul ke budak kkm (kementerian kesihatan malaysia) kutuk budak kolej jururawat swasta...hmmm
tak kutuk kott,,cuma mengata kot,,hehe..tapi agak sedih la dengan statement dorang tuu..
ade yang betull ade yang tak betul,,tak semua macam tuu  . . dan tak semua budak kkm pandai buat keje..
sepatutnya korang kene bagi kata2 semangat,,korang bernasib baik sebab kerajaan punya..
yang tak bernasib baik ni,,minat pada nurse tapi tak dapat sambung belajar di kolej kerajaan,,terpaksa cari kolej swasta,,kita semua didaftar di bawah satu bumbung LJM (LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA)
kita sama je..cuma membezakan korang dari kerajaan ,keluar2 dapat keje..dan kami kolej dari swasta habis belajar terpaksa mengnggur dulu . sendiri cari keje . .
sabar ye kawan yang belum dapat berhidmat pada negara,,insyaAallah rezeki kita ada..

aku tak cakap kosong,,ada gambr aku amik,,


kalau korang baca mesti terasa kan dengan kata2 dia . .memang takda sapa paksa pom masuk ka swasta..
tak da sapa2 nak pom nak masukk,,korang boleh fikir laaa sendiri


siapa cakap student swasta tak pandai buat keje..tak semua macam tuu,,,dan tak semua kkm bagus . masing ada kelemahan dan kekurangan,,kalo kkm bagus sangat myb takkan kutuk orang . yang cakap macam ni terasa ada persaingan kann . .


BELAGAK?? kitorang tak belagak pomm  . .korang yang pndang kami macam tuu .  , kalo pergi posting hospital korang.. kami ni di anak tirikan je . .sendiri berusaha cari keje..



yelaa korang ada hospital sendiri memang la dapat perdedahan yang banyak . bukan kami nak ikut bontot  C.I sebab prosedur memang macam tu .  ingat kami suka sngat ke,,semua prosedur mesti ada  C.I sebab die bertanggujwab  .. 

ingat ye kawan2 roda selalu berpusing...yang atas tak selalu ny diatas dan yang bawah tak selalu  ny di bawah..
rezeki masing..jangan la cakap macam tuu,,berilah kami semagatt okay !!

SESAJE NAK TUNJUK AKU PAKAI BARANG APE KAT MUKA

Assalamualaikum . .  .

wow dah lama tak berbelog . . dah berubah mukaa,,,hehe,,
arini aku nak tunjuk apa yang aku tempek kat mukaa...
tajuk atas tak blahh kann...macam nak menunjukkk,,,bhahaha
okay2 dengan sepantas kilat,..tak da cakap banyakkk,,,jeng2...

soryy gambar semua aku amik dari makcik google...
malas nak uploadd,,ehehehe



          sabun berass

so far aku pakai okay laa tak berminyakk muka aku..,,paling murah di abad ini,,
sebab aku boleh ke luar negara,,dekat sngat tempat aku dengan thailand
 yg memisahkan cuma sungai je..ehhee,,boleh bayangkan tak dekat jee..



krim safi rania gold

sebelum ni aku pakai safi hijau tuu,,okay,parut jerawat yang baru makin lama makin pudar
cume berminyak sikit la berbanding yang gold ni..aku saja tuka pakai yang ni..Al maklumla umor dah meningkat ke 23 tahunn,,,tak salah kan nak pakai..huhu,,
masuk ni da nak masuk semggu,,syukur sebab takda yang pelik naik,,,
bermakna seseuai dengan aku,,hehehe,,,



toner safi rania gold

aku sebenar nya buka pakai toner ni,,aku pakai toner elken,,
oleh kerana aku dok kampung susah nak jumpa toner elken tuu ,,aku  pombeli toner safi balqis
okay jugak sebab muka kita jadi lembab jee,selesa je tak da alkohol . .so bagus untuk muka ..
toner safi rania gold akak aku punya,,die tak nak die bagi dekat akuu,..bila toner balgis tu abehh..aku sambung pakai  SRG ni..huhu,,macam2 pakai..




pelembab safi sari lidah buaya

the best pelembab di abad ini,,aku suka pakai sebab tak melekit langsung cepat meresap..
kulit lembab jee. tak berminyakk,,kalo pelembab lain aku pakai semua ny cam berminyak gituu...
so yang ni sesuai kulit aku yang suka naik jerawat time PMS..geram jugak weii,,sebab bila naik tinggal kan parut..alahai dah la muka aku dah cantik GILER..hehe




bedak pixy tropikal beige

aku pakai wrna paling gelap tropikal beige , ,malas nak amik yang cerah2 nanti kan macam opera..hehe,,,walau pom wrna die gelap bila sapu kat muka tak gelap pomm,,jadi natural gituu..sesuai ngn kulit aku kuning lansat ni..hahha,,aku jenis tak suka mekap tebal..juz tempek2 jee...

 


eyeliner gel silkygirl

suka pakai sebab senang and cepat . .kaler die pom boleh tahan terang nya..macam aku suka paki tebal2 lepas tuu buat ekor sikit kat tepi nyaa..ala 60an gituu..hahahah..sapa tak beli rugii..hehehe

okay itu aje barang yang aku pakai,,sikit je kann,,sebab aku ni tak reti nak mekapp...sebab tuu barang aku sikit jeee...murah dan senang nak dapt,,heheheh...

okay tattatatatta....

"Definisi kecantikan bagi saya"

korang nak join jugak??
nak join sila tekan banner di atas okay..
salam..
sebenar ini 1st time try masuk contest..sebelum ni tak pernah pom..sebab tak tahu nak cakap apa..hehe..tapi yang ni aku tingin sangat nak masuk so pe lagi aku try la kot2 rezeki aku akak tu nak bagi ke..hehe..akak tu suh tulis definisi pasal kecantikkan..apa aku nak tulis..tak pela dari ati ke otak,otak ke jari..jommmmmm~~~

Definisi Kecantikkan Bagi Saya

kecantikkan bagi ena ialah dari hati,hati tu selalu positif baru tepancar keaslian muka ..Kecantikan dan kesihatan badan adalah idaman setiap wanita tanpa mengira status, sama ada yang berkahwin atau tidak,budak2 kecik pom nak bersolek kan apa ntah lagi kita ni,,kecantikkan sebenarnya dari dalaman camne kita jaga..kecantikkan adalah peringkat yang paling berharga bagi wanita iaitu semasa meraka remaja atau pom dewasa..sihat dalaman cantik luaran adalah matlamat setiap wanita..tiada guna cantik luaran tapi tidak aada budi perketi..wanita cantik apabila memiliki sifat lemah lembut,hati yang bersih ,,that why hati kita kena di jaga dari kotoran tau..macam kotoran di baju yang susah nak hilang ,buruk kan? bila da dicelup dengan clorox baru bersih berseri,apa yang penting kita harus bersyukur dengan kurniaan Allah s.w.t dekat kita.
"kecantikkan asli dalaman dan luaran harus dibuktikan dan dikekalkan"


::berharap sgt nk dpt sbb tingin nk beli naturactor tu,,xdpt2 lg..sbb bajet xde::

moh ler kita masuk contest ni ramai2..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...